Tuesday, February 2, 2016

Penang 3 days 2 night (Part 2)

Assalamualaikum.

Okay kita sambung part 2 pulak. Balik Hotel benda pertama semua orang buat ialah diri bawah aircon. Panas gila weh Penang. Bilik kteowg namanya red and blue. Katil queen dua tingkat. Aku sempat tidur lagi. Budak-budak nie plan nak pergi mana petang dengan malam kang dengan tengok map. Dalam pukul 4 petang masing-masing dah siap nak gerak keluar balik.

First thing first kita cari makan lah. Datang Penang tak makan nasi kandar macam tak complete lah journey itu. hahaha. Jadi nomi suggest makan Nasi kandar Beratur which not that far from our hotel like only a couple of block. Tapi kalau jalan kaki berlecak jugak la ketiak. Naik motor sekejap je sampai. Kedai nie betul-betul sebelah masjid jadi makan sambil cuci mata tengok bakal suami sekali lah. hahahaha. Aku makan nasi putih dengan ayam madu kuah campur dengan teh o ais dengan harga RM 8 lebih tak silap aku. Nasi kandar mana yang tak mahal kan. hahaha.


Terpaksa makan lama-lama sebab hujan , lepas makan terus pergi ghost museum dekat lebuh melayu which aku pon tak tahu kat mana. Korang boleh waze or google map je. Harga entrance ada student card RM10 je. kalau takde RM 15 or RM20 kot. Nina takde student card tapi ada sorang akak ni bagi harga student jugak kat nina. Terima kasih ya. Sebelum masuk dieowg akan bagi tahu la map tempat tu. Akak tu terangkan nie museum dan bukan rumah hantu jadi janganlah takut-takut. Die suruh baca info-info pasal hantu-hantu tu semua. Ada cara nak tangkap gmabar dengan hantu-hantu ni semua.

Kawasan pertama adalah hantu melayu. Sumpah aku cakap memang seram die lain macam. Aku punya takut sampaikan tak nak tangkap gambar and kalau boleh nak lari laju-laju pergi section lain. Hahahah. Seram gila. Ada orang minyak , Pontianak, Penanggal, hantu yang kat cermin kalau sikat malam-malam, sweet candy. Aku kat situ tukang tangkap gambar dengan suluh lampu phone je. Kalau kat penanggal ada prop rambut palsu dengan kain so kau pon boleh jadi penanggal. Ada patung perempuan nak beranak jadi boleh la posing jadi penaggal. Nina je yang pakai.

wizard room

hantu Jepun

Masuk section hantu cina terus tak takut. Dari meremang terus relax je sebab hantu cina tak seram pon. Lepas tu kawasan mummy then pirate then vampire then jepun then wizard. Akhir tu wizard place tu sekali dengan tempat souvenir. Aku ada la beli botol aluminum since aku suka kumpul botol.
Overall not bad la. Selain dapat menguji diri dapat jugak belajar pasal makhluk supernatural ni. hahaha

right after that cari street art. Belambak kat lorong-lorong. Kau lalu la kat mana-mana lorong kat Georgetown ni mesti ada. Atau pon waze street art. Style kteowg bawak motor, kalau nampak street art berhenti then tangkap gambar dengan helmet sekali. hahaha. Jumpa jugak the famous bike art, tapi beratur kot nak tunggu turn tangkap gambar jadi kteowg pon malas la nak bergambar dengan basikal itu.
Tak banyak pon aku tangkap gambar

Serious banyak gila street art nie dan die bukan kat satu lokasi je. Ada kat mana-mana je jadi tak lah nak jejak satu-satu so move to next location iaitu Batu Feringgi. Its about 45 minute ride on bike tapi kalau naik kereta lagi lama lah memandangan jalan ke sana selalu jem. 45 minute of pain. hahahaha. Sakit bontot aku bawak motor. Pergi aku bawak motor. Balik nomi pulak bawak. Jalan straight je tapi bila nak sampai sana nanti baru jalan berliku sikit. Sebab gerak dari Georgetown dah petang sampai batu feringgi magrib.
Berhenti sekejap legakan punggung
Kat jalan berliku tu banyak perumahan mahal-mahal tapi takde orang duduk lagi so gelap je macam terbengkalai gitu so kalau lalu malam-malam agak macam horror story sikit. hahaha. Lagi-lagi bila korang je kenderaan yang tengah lalu. Motif pergi sini sebab nak jenjalan kat night market die yang panjang gila. Kat situ kau yang rasa kau foreign instead local. Berlambak tourist kat situ. Banyak jugak kedai urut kaki arab, kedai makan arab.

night market
Kat sini jual macam-macam dari keychain ke handbag berjenama gred AAA ke barang electronic ke art work. Harga pulak kalau pandai tawar kau akan pulang dengan bahagianya. hahahaha. sepanjang-panjang night market tu apa je aku beli? fridge megnet 3 RM10. hahahaha. Aku datang penang nie bukan nak bershopping so takdelah buat list shopping. Budak-budak nie jalan sampai hujung tak silap aku in search for the best price for keychain. Aku halfway dah giveup dan duduk kat bas stop. hahahah.

Dalam pukul 10.30 tak silap aku baru kteowg gerak balik. Otw balik singgah food court somewhere sebab belum makan malam lagi. Lokasi aku pon tak tahu kat mana sebab dah malam plus peha aku sakit from 45 minutes ride from feringgi. Walaupon bukan mee sotong Hameed at least dapat jugak la merasa mee sotong. Nomi beli char kuew tiew , nina beli laksa penang , yus beli pasembur. Yes, semua beli dish know to Penang. Overall the food were okay lah. Aku punya mee sotong macam mee goreng biasa maybe too high expectation kot. Maybe kat Hameed lagi sedap la kot. hahaha.


Datang pon dah pukul 11 nak 12 kedai pon nak tutup sebenarnya tapi sebab kteowg duduk lepak lagi terpaksa tunggu kteowg. hahaha. Lepas makan straight went back to hotel. Tamat lah satu hari kat sana. Nanti sambung lagi la our little adventure.


 






No comments:

Post a Comment