Thursday, February 4, 2016

Penang 3 days 2 night (part 3)

Assalamulaikum yalls,


Okay day 2 ni pulak tertumpu kepada escape park. Lokasi dekat teluk bahang which not far from batu feringgi jadi ada 45 minutes journey dari Georgetown. Plan nya nak gerak pukul 10 tapi semua bangun lambat jadi decide gerak lepas makan tengah hari je. Dekat dengan hotel ada kedai nasi kandar hameediyah jadi makan nasi kandar lagilah hari tu. Semua makan nasi kandar kecuali nina. Die beli roti telur tapi bukan macam roti telur biasa yang kita beli tu. Roti telur kat Hameediyah die pecah telur atas roti canai. Gebu sangt roti telur die. Ayam die besar so boleh share, kalau nak jimat.

There are some things that u should know or prepare bila nak pergi escape park. First kene berpakaian sukan. Seluar jeans boleh tapi takkan nak pakai macam nak pergi pavi pulak kan. Kasut sukan wajib ada tapi kalau takde takpa sebab boleh sewa. Benda yang paling wajib ada. KEBERANIAN. Serious aku cakap perlu ada. Aku yang chil-chil nie pon ketak kaki weh bila naik. hahaha.

Peta escape park
Lama jugak kteowg kat kaunter sebab nina dengan yus tak sure nak masuk ke tak. Plus dieowg tak bawak kasut. Dalam 15 minut jugak la aku rasa. Hahaha. Yus takut tinggi berjangkit dekat nina. hahaha. Tambahan pulak kat kaunter tu ada satu course monkey business yang paling susah and kteow tengok sorang perempuan nie nak melintas course ambik masa 10 minit. Lagi la si yus dengan nina takut nak masuk. hahahaha.

stage 3 paling susah atas tempat parking. Lama gila perempuan tu nak lintas ring tu.
 Last-last aku dengan nomi je masuk. Tiket entrance RM83 seorang. No student price but kalau nak murah beli online ada diskaun sikit kalau nak lagi murah book awal-awal. Dalam 2 3 bulan awal. Half pice tak silap aku. Boleh naik bas free okay. Kalau tak de transport ke Escape park sila naik rapid bus no 101 or 102. Bayar la dulu tiket bus then redeem duit balik kat kaunter escape park.

Naik main permainan tak boleh bawak phone meaning letak dalam poket pon tak boleh sebab takut tercicir. So kteowg bagi nina dan yus so takde satu gambar pon masa kteowg main. Memandangkan yus dan nin kat luar. Tapi kalau gopro or sj cam ke what so ever lah camera kecik tu kalau strip ke badan boleh kot.

Aku tak aspect pon park nie besar. Ingatkan ada monkey business je rupanya ada banyak gila mainan yang boleh main. Bak kata abang nepal tu kalau nak main satu park nie ambil masa 6 or 7 jam. Itu pon kalau physical fitness at the highest la kot. Aku naik tangga satu tingkat pon tercungap. hahahahaha.

Masuk-masuk je entrance ada monkey business. Ada 3 stage. 1stage yang paling senang, 2 stage sederhana and 3 susah. Basically ada 3 tingkat. First stage tingkat 1 so tak tinggi sanngat and obstacle die tak susah and selalunya budak-budak yang main situ. Dalam satu stage tu banyak pintu kau boleh masuk depend orang yang jaga tu la nak suruh kau lalu mana. Dalam satu laluan ada 8 atau lebih atau kurang. Depend lah.
monkey business
 Sebelum naik kene pakai harness tapi disebabkan aku comel sikit (nepal tu cakap awak gemuk sangat.kejam nak mati.hahaha) aku pakai harness full body. Lepas pakai kene tengok safety instruction. Kat situ die ajar macam mana nak lalu course or macam mana nak properly flying fox. Pay attention sebab bila kau lalu takde orang jaga tau.

Nomi jalan dulu obstacle pertama lalu kat tali then flying fox (tak jauh pon) then masuk barrel.Part masuk barrel nie paling puaka. haha. Nomi masuk pon muat-muat lagi la aku. Kebetulan pakcik yang jaga kat safety point lalu kat situ dan cakap "macam mana kau nak lalu ni dik, takpe boleh jadi askar nie", dah la die tunggu kat situ sampai aku habis course barrel tu. Sebab aku tak muat nak merangkak so aku melunjurkan badan je macam ular. Tangan aku tarik the rest of my body. Habis je barrel tu aku terus hilang tenaga tangan aku. hahahahaaha.

barrel puaka. hahaha
Major obstacle menggunakan kekuatan tangan. kau kene grip tali lah. Pegang tali sebab nak stabilkan badan. Habis stage 1 aku terus tak nak main lagi sebab sumpah takde energy dah dengan tercungap nya dengan lengan dah habis tenaga. Si nomi ajak main stage 2 pulak. Lama jugak die pujuk aku tapi I know my limit dan limit aku dah sampai so aku suruh je nomi main sorang.

Kesian nomi, si nepal tu bagi laluan susah gila kat die. Obstacle lagi panjang dan lagi mencabar dah la time tu die sorang je main kat stage 2 tu so agak lonely lah. Aku pulak duduk borak dengan uncle yang jaga stage 2. hahaha. Separuh jalan tak silap aku or lagi berapa obstacle lagi nomi nak habis tapi die dah tak larat nak main so abang nepal datang untuk menyelamat. Macam mana die datang selamatkan? Dieowg ni pro tau, kat obstacle tali die boleh berlari je terus. hahaha. Sampai kat nomi die turunkan nomi kat bawah. Tapi respect la kat nomi walaupon tak finish stage 2 tapi still manage to keep on playing.Nak dibandingkan dengan aku kan. Stage 1 pon nak mati aku rasa main. Sangat tak sihat aku nie. hahaha
Banyak obstacle boleh try
Oh btw tak boleh bawak outside food or drink so kene beli kat dalam and die pakai system topap. Setiap purhase ada code khas so topap code tu then nak beli air or makanan hanya masukkan no code tu. As easy as that. Kalau tak habis topap tu boleh redeem balik jadi jangan risau. Kemudahan semua ada. Locker, tandas, changing room.

Sebab rasa macam dah tak larat nak main obstacle lagi jadi decide main game yang tak perlu guna banyak tenaga. Flying fox. Otw nak pergi flying fox ada satu game ni macam bungee jumping. Tinggi jugak la. Nomi ajak main tapi tak silap aku ada weight limit kot so aku macam malas la nak main.hahaha Bila nomi tengok berapa banyak tangga kene daki naik terus putus harapan. hahahaha.

best tapi nak daki tu sakit gak la.
 Ingatkan senang je nak pergi tempat flying fox. Rupanya kene daki jugak. Sampai pondok flying fox aku bernafas macam orang semput. hahaha. Seperti biasa pakai harness dan kene tengok safety instruction and off u go by yourself. Takde die nak bawak kau. haha. Ada dua jenis flying fox. Satu flying fox yang ada obstacle dan satu lagi hanya flying fox so takyah lalu tali ke, buluh ke. Kteowg pilih flying fox je and seperti biasa nomi jalan dulu. Besi kat harness kene masuk kat wayar besi so kau follow je wayar tu. Ada 4 kali kau ber flying fox. Yang pertama tak jauh mana pon. Yang second, hanya allah je tahu bertapa scary nya perjalanan itu. Dah la jauh plus kalau pandang bawah pon jauh jugak kalau jatuh tu. Nasib ada abang nepal kat hujung tolong tarikkan. yang ketiga pon sama. Dah pergi flying ke other side kenalah patah balik kan. This time tak de orang jaga so kau kene tangkap jaring sendiri kalau tak kau patah balik. Yang last sekali paling pendek dan palin tak seram langsung sebab rendah je.
Gambar dari tuan olive.

Habis flying fox terus keluar sebab 2 3 jam jugak la kat dalam tu. Kesian nina dan yus pulak tunggu lama-lama. Rupanya dieowg pergi pantai kat batu feringgi. hahaha. For RM83 I only play 2 games, is it worth it? HELL YES. Okay memang la tak berbaloi bayar mahal tapi main 2 je. Tapi the experince that i got is priceless. Bukan je menguji keberanian tapi aku dapat conquer my fear of height.

peace
Pesanan ringkas bukan dari penaja kalau nak datang sini make sure fit la. Stamina ken kuat. okay sampai situ je cerita aku. Nanti aku sambung lagi. Bye......


   

No comments:

Post a Comment