Thursday, July 30, 2015

Bandung (Day 4)

Assalamualaikum,

Pejam celik dah hari terakhir kat bandung. Sedih. Dont worry the day isnt over yet. Ada lagi aktiviti yang kene jalankan harinie. Seperti biasa pagi-pagi dah ready breakfast kat hotel dan bagi nak menyenangkan supir dari ulang alik , beg terus angkut dalam kereta.

One more thing yang sangat famous kat bandung nie adalah brownies die. Aku tak pernah tahu pon, jadi first destination kami adalah dekat kartikasari. Kartikasari nie macam mini market lah cuma hanya jual baju , toys and delectable dessert. Rambang mata kau kalau kau nie jenis foodie sebab semua dessert kat situ macam memanggil kau suruh beli. Dari brownies to cake pop to macaroon to kuih muih to cannoli to macam-macam yang aku sendiri tak tahu namanya. Berpinar-pinar mata aku tau.

Tapi kene fokus. Duit aku tinggal sikit je pon jadi boleh beli apa sangat lah. Jadi decide beli brownies campur meaning dalam satu box boleh campur tiga jenis brownies and i choose cheese , almond and chocolate . Selama 21 tahun aku hidup belum pernah rasa brownies sesedap nie. Betapa serious nya aku dengan kelazatan brownies nie. Lembut , tak terlampau manis , rasa secukup seasoning walaupon aku rasa takde pon seasoning. hahahaha.

Sempat jugak merasa macaroon seorang sebijik which is not bad lah. Next stop kedai bakery jugak tapi misi cari brownies kukus pulak. ke kek kukus. Aku pon tak tahu lah. Tapi kukus la. Aku dah beli brownies bakar nie jadi tak payah beli kukus sebab yang makan nanti aku je pon. Mak abah jamah sikit je nanti. Jadi jangan membazir. Tempat tu namanya amanda tak jauh pon dari kartikasari. Jalan kaki pon sampai.

Aku masuk usha-usha dengan harapan tak beli pape tapi sadly keluar beli jugak roti keras cheese. Actually die tak keras pon die macam rangup-rangup and tahan lama. 4 /5 hari jugak la tak lemau pon dalam package die tu. Dan ia sesuai makan cicah milo atau teh mahupon makan bergitu sahaja.

SEDAP!!!!!

Makanan dah settle move on to next location which is Paris Van Java. Setanding dengan namanya itu tempat nie umpama pavilion lah. Kalau datang duit kering macam aku nie jadi window shopping jelah. Tandas pon kemain artistic kau tahu tak. Tak main sign board tulis tandas perempuan /lelaki atau simbol. Die main lukisan. Kalau lukisan kat luar lukisan naked women jadi tandas perempuan lah (jap-jap. antara naked woman or naked animal lah) . Petanda lain adalah antara bear perempuan / lelaki yang tergantung kat buaian. 

Macam-macam jenama mahal kat sini dari fossil ke nike ke butik-butik mahal. Ada jugak kiosk-kiosk jual makanan korea atau jual keychain. Mainly kteowg g kat kiosk-kiosk jelah masuk butik-butik tu semua bukan ada duit pon kan. hahaha. Mira dengan mimi beli casing camera polaroid mereka. Aku pulak dapat apa? Starbuck..... Orang paling teruja bila nampak kedai kopi tu. Sebelum balik lepak kat kedai tu.. hehe

smile :)
Sebelum pergi makan tengah hari kene buat lencongan ke toko tiga balik. Haritu acu ada berkenan dengan satu kasut nie jadi die hold la dulu nak beli ke tanak. Hari last nie baru die nak beli katanya 'Biar menyesal beli , jangan menyesal tak beli' which I pegang sehingga hari nie. So bila-bila nak beli barang aku akan ingat quote acu nie. hahahahaha. Thanks sangat acu ;) Sampai toko tiga aku dengan mira tunggu dalam kereta jelah. Penat berjalan. hahaha.

Misi kasut acu dah settle kita gerak pergi makan tengah hari which is our last destination before heading to airport.  Nama kedai nie kedai Belacan (Indonesian Cuisine) . Disebabkan hari last makan kat sini jadi makan tengah hari memang habis-habisan. Banyak jugak lah order lauk. 

burppp

Paling sedap hands down udang goreng telur masin. Ikan sweet sour pon not bad. Yang penting aku pulang dengan perut penuh sehingga di airport terpaksa melabur. hahaha. Sampai kat airport die jem sikit tapi alhamdulillah sampai on time lah. check in paling ringkas memandangkan airport kat bandung tak besar jadi tak makan masa sangat cuma kene beratur lah. 

check-in bag
check in settle dah lepak kat public komputer yang disediakan. Layan la internet memandangkan aku tak de beli data so mengharap simpati wifi airport atau kat lobby hotel jelah. hahahaha. Lepas berapa minit tu naik la kat ruang menunggu , tapi sebelum tu kene check passport dan scan beg beg aku ada air tin tapi sebab masuk beg sekali gus banyak-banyak die tak perasan jadi terlepas. Tapi mimi pegang satu beg yang penuh dengan air dalam 3 botol air jugak lah. Abang yang tengok scan tu strick die tak bagi bawak naik. Semangat pujuk tapi taknak bagi jugak tapi pakcik guard kat sebelah die macam kesian so die ambikkan then die suruh naik cepat. hahahahaha. Thanks ya pak. 

muka fed up tunggu flight lambat
Dah la memang nak tunggu flight memang lambat lagi tub-tub flight delay lagi. Nasib lah tak lama delay die. Sempat la buang air jalan sini sana. Tangkap gambar sini sana. Hahaha. Bila dah panggil masing-masing serbu. Dah takde dah sistem beratur. Siapa cepat die dapat lah. haha.

Bye Bandung .
Balik malaysia aku dapat duduk sebelah mira tapi tak dapat sebelah tingkap la. Pakcik yang duduk sebelah tingkap offer bagi seat die kat aku sebab die malas nak masuk dalam tapi disebabkan nanti nak beli makanan so tak jadi. 

wijib la tangkap gambar.
Seat aku kteowg kat tengah-tengah meaning rondaan jualan makanan kalau sampai kat kteowg mesti dah habis ;(. Bertapa dukacita nya bila time cart makanan tu sampai and nak mintak nasi lemak die cakap dah habis. Melepas aku nak makan nasi lemak 20 ringgit. hahahaha. Tapi ini tidak bermakna aku taknak makan. Mira dengan baik hati nya sponsor my in flight meal. Yang tinggal hanya meggie dengan air. Jadi itu lah aku makan. meggie dengan air teh. 

Air teh jasmin TAK sedap. hahaha

Tah tiba-tiba kepala aku pening naik flight balik nie. Sempat jugak tidur tapi bila dah nak sampai sepang tu hujan jadi ada cuak jugak sebab tiba-tiba kapten suruh pakai seat belt. Tapi alhamdulillah everything went well dan flight landing dengan selamat.  Otw to kastam checkpoint yang perjalanan nya agak jauh dan memenatkan dan aku tak tahu kenapa semua orang belari macam nak tertinggal flight dan aku pon sengal join sekali. hahahahaha. Dah lama-lama aku pon perasan kenapa aku bodoh sangat ikut. Terserempak dengan foreigner yang pengsan tah tak tahu apasal. Check passport then check beg sampailah ke kawasan bebas cukai. Seronoknya berada di situ. Literally like kid in a candy shop. Macam-macam jenis sweet jual dan jual bukan kecik-kecik macam kat kedai runcit tu. Gedabak packaging nya. Aku beli la m&m , biskut dengan gula-gula apa tah sebelum ambik beg.

Ayah mira rancak berbual dengan ayah aku.

Sampai dalam pukul 9 malam tak silap aku. Dan sampai situ lah journey aku dengan kanak-kanak yang lain ke bandung. What i learn kat sana? Well , first sekali orang indonesia tak suka kalau kita panggil die indon. Kene pronounce full. Orang indonesia not indon. Second. how tough they live r. Tengok macam mana dieowg cari rezeki bukan orang besar je, kanak-kanak pon ada. Buat kita nie merasa sangat bersyukur. Third . Shopping heaven. Banyak je lagi aku dapat input dari melancong ke bandung nie. tapi aku dah penat nak menaip. Aku sudahkan sampai disini saja lah. Terima kasih kerana sudi membaca :)

TAMAT
*****
 




 




No comments:

Post a Comment