Tuesday, July 28, 2015

Bandung (Day 3)

Assalamulaikum

Haaaa. This is the day. Hari yang dinanti , ternanti. Hari kami pergi tran studio tapi sebelum pergi trans studio kene shopping dulu.

First Destination : Sindang Laris ( jual kerepek/kacang/tempe goreng/pisang bakar/etc)

Seronok masuk kedai nie sebab die bagi testing. Sebab aku takde siapa-siapa order beli aku lepak luar jelah tapi yang lain sakan terutama acu. 5 kg kacang die beli tak silap aku. Penuh luggage dengan kacang je. hahaha.

food heaven 

****

Second destination : Pasar Baru Trade Centre

Well. Tempat nie ibu kepada ibu shopping centre. Mainly kain. Memang banyak gila. Setiap floor dikhaskan untuk specific barang. Contoh tingkat 3 untuk kain jadi satu floor tu jual kain ajelah. Kalau telekung dan sekutu dengannya maka itu ajelah yang dijual jadi kat sini la kene keluarkan kepakaran tawar menawar. Aku memang bab tawar menawar memang failed habis la. Tapi acu pakar. Semua benda die tawar menawar dari telekung ke kain ke fridge magnet. hahaha

Once again aku tak bershopping sangat. Tapi mereka.... mereka memang shopping habis habisan. Telekung je tak yah cakap la. Belum kain lagi. hahaha. Apa yang aku beli? Key chain dengan baju tshirt bandung. hahaha. 

Baju tshirt kalau saiz standard 4 pasang 100 rupiah kalau saiz badak (XL) *orang kedai tu yang cakap saiz badak , 3 pasang 100 rupiah. Keychain pon boleh tawar, tu pon acu yang tawarkan. hahaha.

One more thing, kat bandung nie belambak kasut. Dari nike ke adidas ke converse ke vans. Senang citer semua jenama ada lah. Aku rasa yang jual kat ig kasut-kasut tu mesti ambik kat sini. hahaha. Sebelum keluar dari Pasar baru dengan berguni beg plastic , Mimi dengan mira beli kasut nike. Sepesen pulak corak nya. haha 

Third destination : Trans studio

Inilah saat- saat yang dinantikan. TRANS STUDIO!!!!! Bangunan die satu dengan shopping mall macam time squre lah cuma scale die lagi besar. Sampai je sana ada orang yang di hire untuk take care kteowg meaning hanya belikan tiket. Tu je. hahahaha. Kat trans nie ada dua tiket iaitu tiket biasa dan tiket VIP. Beza antara dua nie adalah yang biasa kene beratur kalau nak main dan yang VIP datang terus main tanpa perlu menunggu. Beza harga tak lah jauh sangat tapi disebabkan pergi hari biasa je pon bukan ramai orang sangat jadi tiket biasa pon sudah memadai.

masuk betul-betul sebelah entrance our first game iaitu Yamaha Racing Coaster. Dari nama game nie dah tahu kan benda nie laju. Aku tak cakap main-main beb die punya laju 120 km/h in 3,5 second. Nak naik nie cermin mata kene bukak kang ada yang melayang dan kalau pakai tudung kene ikat kebelakang. It happen so fast sampaikan aku bukak mata dah kat hujung. oh btw coaster nie tergantung meaning to some point kat puncak,
coaster nie naik sampai puncak dan patah balik. Pergi kau jalan kedepan dan balik kau jalan kebelakang. Turun je gigil gak r tangan aku plus rasa terumbang ambing pon ada gak. Haha.


.
Sebab diri ini masih perlu recover dari naik coaster kteowg decide untuk tengok Marvel Superheroes The Ride 4D. Santai-santai jelah. Time tu ada rombongan budak sekolah jadi agak lama jugak kene beratur. Okay benda nie movie yang dalam 4D jadi ada la percikan air/tiupan angin kencang/kene libas sikit/ gerak kiri kanan atas bawah tu semua ada la and of course la kene pakai 3D glass tu. Not bad la and jangan la mengharap storyline die macam movie marvel yang betul tu. hahaha. 

sempat je wifie. 
Seterusnya sambung balik naik ride. Indosat Vertigo Galaxy. Ride nie pon boleh dikatakan tahap thrill die tinggi walaupun main pusing-pusing je tapi pusing 360. Time naik tu la tiba-tiba buat tayangan dalam otak kalau tiba-tiba safety bar tu terbukak. HAHAHA. ride nie la jugak mira menjerit nama aku dengan kuat nya. hahahaha.

Vertigo

Recovering dari naik benda tu masuk la Si Bolang Advanture. Nie sebenarnya ride kanak-kanak. Tengok nama ride pon tahu. haha. Bolang adalah sebuah character cartoon dan kita naik macam kereta api dan ride tu tunjuk daerah-daerah kat indonesia dan si bolang nie tunjuk budaya-budaya di setiap daerah tu lah. Jadi dapat la tahu serba sedikit pasal indonesia. 

Oh one more thing. Abang and akak-akak yang kerja kat situ semua hot. Yang aku perasan semua nya free hair , badan slim and last but not least lawa and hansem. Bukan dapat main je cuci mata pon dapat. hahaha.

Ada masa tertentu akan ada pertunjukan kat Special Effect Action! Pergh show die best gila. Aku bagi 4.5 bintang . Kat sini die tunjuk macam mana stunt kat movie-movie nie dibuat. Yang penting abang-abang yang buat stunt semua hensem bangat dong. haha. Masa nak masuk studio die berebut macam kambing terlepas kandang. Sebab kteowg masuk nak last-last terpaksa duduk depan row ketiga. The thing is row 1 dan 2 akan dapat merasa special effect nya iaitu pancutan air dan haba dari api. Kteowg nie row 3 terkena la jugak tempias nya. Tapi best wooooo. Awal-awal die tunjuk 2 stunt moto buat aksi semua seterusnya baru die buat story pasal robbery kat pam minyak. Ada polis terbang guna tali , terjun dari tingkat satu , aksi moto, letupan , pili bomba pecah , tembok jatuh. Gempak lah.. Action pack lah. 


Move on to our next ride , Giant Swing. Nama pun swing jadi macam buaian lah. Thrill level rendah sikit berbanding dua ride sebelum nie. Dah penat menjerit kita makan la pulak. Kat dalam nie ada banyak kiosk kecil-kecil jual kudap- kudap. Ada jugak cafe coffee bean and kedai makan. Perut dah lapar jadi makan dulu la. Semua makan bakso tak silap aku dan sedap weh bakso die. Harga die biasa la kat dalam park mesti agak mahal sedikit. 

sebelum malan wajib la bergambar
Okay next part best. Tiba-tiba rasa macam kanak-kanak. Sekali sehari dekat trans studio ada buat parade. Jadi dari enterance sampai ada satu kawasan besar kat hujung die akan berjalan. Kat trans studio nie semua ride / permainan ada tema tersendiri plus trans nie pon ada mascot die sendiri. Jadi setiap ride / mainan ada lah pakaian tersendiri jadi orang-orang yang jaga ride nie la yang akan berarak. Ala-ala disneyland la buat parade yang semua character disney berarak dengan kereta tema masing-masing. Gitu la kat trans nie. Ada macam-macam character dari fairy ke orang asli ke ikan ke charlie chaplin. Yang penting banyak lah. Aku duduk tepi terpegun je sambil melambai kat princess yang tengah ber rollerskate sambil menari (im pretty sure its elsa) hahahahaha. Sorry no picture lah kusyuk sangat tengok tapi ada rakan sikit. 

Habis parade baru boleh main balik time parade semua ride tak boleh dinaiki jadi dengan pantas lari ke next ride iaitu ........ Aku tak ingat. hahahahaha. Tapi tema die jack the giant slayer. Kenapa? Sebab ride die akan naik ke atas dan akan turun secara tiba-tiba dengan pantas nya dan naik balik dan turun balik. U got the idea right?. Aku dah la tak gemo sangat height. Kat atas sekali siap ada tayang giant bukak tingkap dan konon nampak kteowg nie dan start screaming dan part screaming tu siap ada effect angin dan air tau. Nak bagi tahu la giant tu jerit kuat siap merecik air liur. hahahaha

Our next ride. I forgot who bright idea is to ride this tapi aku merelakan jelah. Rumah hantu. hahahaha. nak masuk ke entrance aku kemain confident lead and masa nak masuk kteowg dengan satu geng jejaka dan aku lead. Tub-tub kat entrance aku suruh mira jalan dulu. HAHAHAHA. Die punya seram memang tak yah cakap la nie belum masuk lagi. haha. Di ingatkan nie ride bukan kene jalan sebelum naik kereta api yang satu gerabak untuk 4 orang nie tangkap gambar dulu ada effect hantu bagai , kita boleh beli time kat exit. Naik ride tu Aku dengan mira duduk depan cart yang first dan yang jaga tu grim reaper pegang lilin. Tersangat kurang hajar. Die berdiri je kat depan cart kitaorang. HAHA.

Time jalan punya la lembab cart nie gerak. Die banyak main soound effect dan setiap set tu lain-lain. Ada kat kubur / kat rumah mayat/ kat kereta mayat. dan mayat or hantu nie macam gerak time cart kita dah dekat macam tu la. Dan TIBA-TIBA ada benda kacau telinga aku. MENJERIT la aku. Rupanya ada orang in black rope main kacau. Dah la kacau side aku je pulak tu sampaikan aku jerit 'kacau la belah sana pulak' referring tu mira punya side. hahahahah. the funny part bila cart kteowg stuck kat entrance pintu gerbang. Dan bila the guy in black rope datang nak tolong masing-masing menjerit dan bukan kteowg je jerit, geng bro dengan kteowg tu pon sama. HAHAHA. bila kat exit abang tu kacau mira sumpah mira jerit sampai tangga exit. Kuat pulak tu. hahaha.

Disebabkan masa tidak mengizinkan, we only got time for our last ride. Banyak je lagi ride tak naik tapi nak buat macam mana kan. Our last ride is Jelajah (the adventure). Masa nak naik tak tahu pulak diri ini akan basah kuyup. Tapi tahu la ride nie kat air. Nak bukak kasut and letak beg orang jaga cakap tak payah , jadi ikut jelah. belum pape lagi nie baru masuk ride tu kasut dah basah. hahahaha. nasib aku pakai kasut nipis je. Dak mira pakai kasut sukan jadi sedap jugak la kasut die serap air. hahaha. And again aku dengan mira duduk depan sekali tengah ada dua budak lelaki dan belakang sekali acu dengan mimi.

Mula-mula ride macam biasa macam naik boat tiba-tiba die naik ke atas. everything that goes up must come down termasuklah ride kami nie. Bukan rendah tau tinggi. Bila dah turun tu bukan slow laju jugak la , tu yang bila dah sampai bawah air percik kemain meriah sampai basah kuyup tudung baju kasut. haha. The first one tak tinggi sangat tapi yang second memang tinggi. Keluar je masing-masing basah. hahaha.

Basah!
Basah pon basah lah. Sebelum beredar singgah kedai souvenir. Mira dapat early birthday gift from acu dari kedai souvenir. Lepas keluar jalan-jalan kat mall kat trans nie. Besar gila. Die macam kat Ioi la kot. Banyak kedai berjenama , kedai makan pon belambak dari makan indonesia ke korea ke jepun. Semua da lah. Mira sempat belanja kudap-kudap. Aku tak tahu nama die. Lupa. die macam kuaci tapi dalam ada aiscream. hahaha. 

makan

Keluar dari trans dah gelap so pergi tempat shopping tak silap aku tapi aku dah lupa sebab at this point aku dah takde beli apa-apa dah tu yang lupa. haha. Yang aku ingat sebelum pergi makan kat restaurant kat atas bukit , kami pergi perfume shop. Kat sini u name it, they can make it. Of course cetak rompak punya tapi kalau bau nak sama dengan harga jauh lebih murah , why not right. Aku mula-mula jual mahal taknak beli tapi tiba-tiba die keluarkan perfume taylor swift yang bau die boleh tahan aku terus beli. Kat sini boleh pilih nak besar ke kecik ke. Harga tk jauh beza pon jadi baik ambik yang besar terus kan. Tak silap aku dalam 85 rupiah yang besar punya. 

wangi nya
Malam last bak kata acu jadi bolehlah makan mahal sikit. Jadi kami pergi makan kat restaurant kat atas bukit. Deco die lawa plus the view is amazing tapi malam kan yang nampak hanya lampu-lampu lah. Theme makan kat sini mostly western food jadi dine ala-ala omputih lah. Dengan lampu yang sepoi-sepoi dan setiap table ada candle rasa macam tengah dinner date pulak. hahaha. Makanan mantap especially the pizza. Aku lupa nama pizza tu tapi ada beef something and it was that good that we order it twice. pizza tu appetizer and dessert je. Main kami makan lain. Aku makan beef something again. Maaf sangat tapi memang tak ingat apa nama nya. Rasa nya okay lah. dengan salad and fries on the side. 

makan
Lama jugak la lepak kat sini sampai kedai dah nak tutup sebenarnya. hahahaha. Sampai situ je hari ke tiga nie. Nanti aku rajin aku sambung lagi ye....













No comments:

Post a Comment