Tuesday, June 2, 2015

Bandung (Day 1)

Assalamualaikum, *warning this post is a long one

6 semester aku angan-angan nak pergi travel , akhirnya sampai jugak. haha. One of my bucket list is to travel , tak kira lah dengan parent/kawan/sedara/sendiri. Kebetulan kali nie dapat jenjalan dengan member.

Mulanya cerita nya macam cakap-cakap kosong je. Cakap dengan mira nanti kita travel la pergi krabi lah , indonesia lah , kalau boleh semua negara nak sebut sebenarnya. Mira ada cakap acu die (makcik mira) nie selalu pergi bandung dengan vietnam. Tah macam mana semester 5 haritu acu check flight air asia ada promotion ke Bandung. Aku dengan teruja call la mak nak mintak restu (mintak duit sebenarnya).

Budget. Not bad lah. Tak sampai 1000 pon per person cost (flight/pengangkutan/makan/penginapan) . Total Rm630. Akan tetapi mak mira telah sponsor duit pengangkutan/makan/penginapan jadi aku keluar duit flight je dalam RM380 sahaja. Terima kasih mak mira. Tak cukup sponsor tu, mak mira bagi lagi duit emergency yang kami telah guna untuk makan. *of course lah weh. HAHA.

Flight hari sabtu pagi pukul 9 jadi hari jumaat aku dah ada kat salak tinggi sebab taknak lah rushing esoknya. Punya lah excited sebelum subuh dah gerak ke KLIA2. Abah takut sesat, tu yang gerak teramat awal. haha. Dah sampai tunggu la mira & the geng (acu dengan mimi). Dah check in bag, parent-parent lepak la berbual sebelum kami masuk pintu pelepasan.
Aku kalau boleh nak senyum sampai ketelinga. hahaha
This would be my first time flying so i am freaking excited. Dari pintu pelepasan ke kastam check point amatlah jauh, time tu pulak tengah excited to a point that I actually ran. hahaha. Tapi lari sikit jelah. Tangkap gambar yang berlambak. Sempat singgah perfume store sebab kat bandung ada perfume store yang boleh duplicate bau perfume mahal dengan harga yang murah. At the time aku tak berapa interested dengan perfume sebab memang jarang pakai pon jadi dieowg jelah yang try bau-bau.

Sampai security check point letak semua beg included jam dengan phone dan lalu metal detector then dah boleh pergi ke gate berlepas. Flight pergi naik air asia indonesia jadi pramugari/pramugara dari indonesia ya buk. I was lucky sebab dapat seat sebelah tingkap tapi terpisah dengan geng. Sebelah aku sorang brother nie yang makan nasi lemak dalam flight *jealous sebenarnya. Sebelum berlepas stewardess tunjuk la safety gear dengan kat mana pintu kecemasan tu semua.

Boleh dikatakan sepanjang flight aku pandang tingkap, bila cahaya matahari memancar je aku tarik penutup tingkap. Nak makan dalam flight pon boleh, kena beli la. Tapi yang dah siap book dengan makanan stewardess akan bagi time agihan makanan. Nak beli merchandise air asia pon boleh takde hal punya.

Bandung
My favourite part 'the landing'. Macam ada tarikan gitu. hahaha. Airport bandung tidaklah se gah KLIA mahupon KLIA 2. Turun flight guna tangga dan perlu berjalan masuk ke bangunan. Itu semua tak penting pon, yang penting aku dah sampai Bandung. hahaha. Turun-turun terus tangkap gambar sampai pekerja landasan terpaksa halau sebab ada flight yang nak gerak. hahaha.
Airport Bandung
Check passport , ambik bagasi dengan scan bag dan keluarlah dari airport. Acu selalu datang bandung nie guna supir (driver) jadi nak kemana-mana senang. Supir kami namanya anjang, not bad la kehenseman die. hahahaha. GATAL! Kami berempat naik kereta toyota apa tah tapi besar macam avanza la gitu.

Traffic kat bandung pergh hebat. Kalau rasa diri tak cukup kental jangan lah bawak kereta mahupon motor kat bandung. Bukan motor je pandai menyelit , kereta pon meyelit. Sekecil ruang pon kereta sebesar avanza nie boleh selit betapa hebat supir kteowg. Oh one other thing, traffic light dieowg pelik. Kalau simpang empat yang ada traffic light dan side kita jalan, side bertentangan pon akan jalan. Itu tak pelik la. Yang pelik kalau nak belok kanan. Tidak ada masalah. Hanya perlu hon or bagi lampu tinggi sikit , side bertentangan akan berhenti bagi lalu. Kalau kat malaysia kita ada lorong yang khas kalau nak belok kanan kan. dieowg tak de. Time nak jalan tu pandai-pandai lah ko cilok. Boleh sakit jantung gak la bila naik kereta kat bandung nie dengan motor yang banyak plus orang berjalan. fuhhhh!

First destination : Gunung Tangkuban Parahu


lawa/sejuk/kabus
Perjalanan dari airport dalam sejam lebih jugak dengan jalan sesak terpaksa lalu jalan dalam. Banyak tol kene bayar tapi bukan tol macam kat malaysia nie but tol yang tanpa tol booth tanpa penghadang. Yang ada hanya orang yang jaga. Supir akan bukak tingkap dan bagi la duit. Orang yang jaga tu macam abang kawasan plus polis traffic. Like seriously kat bandung polis traffic tak jaga traffic tetapi orang biasa yang jaga jadi contohnya kalau kereta kau nak melintas jalan dan traffic sesak so orang yang jaga nie akan stop kereta bagi kau lalu tapi kene bayar la. Gitu caranya. haha.

Enough talk about traffic kat bandung nie , lets focus on this magnificent piece of land. Gunung lebih tepatnya. Nak masuk tangkuban parahu ada bayaran die tapi sebab acu yang deal dengan duit so aku tak ambik port lah berapa kene. hahaha. Bila dah sampai entrance die, anjang bukak semua tingkap sebab sejuk. Kalah cameron sejuknya. Dah sampai puncak bersiap sedia sebab akan ada orang-orang yang jual barang. Mereka-mereka nie akan follow kau , tawar harga. Yang jual strawberry lah, topi sejuk tu lah, rantai lah, yang tukang tangkap gambar pon ada. 

Well kat sini memang orang datang for the view. Kalau nak yang fun or adventure , sini bukanlah tempatnya. Boleh nak adventure , kau jalan kaki dari entrance sampai atas. hahaha. 

Model tangga 

:)
Banyak jugak la bergambar, kat satu spot tu boleh dalam 10-15 minit bergambar sahaja. hahaha. Dah penat merayau kita makan la pulak. Nak jugak merasa makanan indonesia nie. Jadi singgahlah kat kawasan kedai-kedai kecik. Kat situ macam-macam ada. Cenderamata la paling banyak.Benda typical lah (baju,topi,ukiran,etc.)

Kat situ pon takde lah makanan berat-berat. Pisang goreng, ubi goreng, bakso, meggi. Air yang typical kat sini mestilah teh botol. Toleh la mana-mana pon mesti ada teh botol. hahaha Sama dengan meggi. Tekak aku tak boleh terima teh botol sebab die bukan teh biasa tapi teh jasmine. Rasa die pelik sikit dan tak manis. Aku makan meggie sup dengan teh botol. Side dishes pisang goreng dengan ubi. Sedap pisang goreng dieowg. Manisssss

Rehat dulu
Perut dah full sampaikan aku rasa nak jalan macam orang mengandung. Serius tak tipu. Maybe sebab perut aku dah kecik kot. Puih!!!!

Next destination : Floating Market


Floating market
Aku mula-mula sampai sini pon tertanya apa tempat nie. Adakah macam kat Bangkok Floating Market tu? The answer to that question is sikit la macam kat bangkok. The different is that kalau kat bangkok tu sungai kat bandung nie hanya lah tasik. Kat sini lebih specific nya adalah tempat makan yang dijual atas boat kecil thus the name floating market. 

Kat sini takde makanan berat. Its more on finger food dan perlu menggunakan token (token nya macam gambar kat atas). Yang kuning 5k rupiah, yang biru 10k rupiah. Tak silap kteowg tukar 100k rupiah. Orang yang jual makanan nie semua atas boat tapi boat dieowg tak bergerak la. Melekat agaknya kat tepi tasik tu. oh btw kat tasik tu boleh main kayak, boat, naik boat kereta api (mcm nk tenggelam aku tgk). Panjang jugak la tempat jual-jual. Dari awal sampai hujung kteowg usha. Tapi beli hanya 3 dish je sebab kenyang lagi. Satu dish 20k. So ada baki 40k kan jadi sorang ambik satu token buat kenangan sebab tak boleh tukar balik token tu. hahaha.

toriyaki/pisang goreng cheese/mini pancake
Ada banyak jenis makanan kat situ tapi disebabkan aku bukan orang sana jadi aku tak berapa sure lah apa makanan-makanan kat situ. Yang kteowg beli nie rasanya semua orang tahu apa sebab tu kot beli sebab makanan nie yang familiar. Sebelum terlupa air dapat free. Masa masuk die bagi satu kertas jadi kalau nak air bagi lah kertas tu kat die. Tempat duduk pun disediakan tapi terhad jadi cepat-cepatlah cop tempat.

contoh makanan

...
Next destination : Rumah Mode

Tengok view dah , makan pun sudah , sekarang shopping la pulak. The main purpose i'm so excited going to bandung. HAHA. Disebabkan dari floating market dah petang jadi macam biasalah kalau kat bandar-bandar mestilah jalan sesak. Oh kat bandung pukul 6 dah gelap tau. Aku pon agak terkejut ingatkan jam aku rosak ke apa , rupanya memang macam tu.

Sampai kat rumah mode langit dah gelap gelita padahal baru pukul 6 or 7 gitu. Rumah mode nie macam shopping mall versi harga berpatutan. Jadi agak rambang mata gak la bila masuk situ. Bagusnya rumah mode nie saiz besar pon ada untuk baju lah. Untuk seluar macam takde je. Aku sempat la beli 3 helai baju, tak sampai 600 rupiah. Tapi mira nak sampai 1000 sebab die ada beli seluar jeans untuk herm herm. *sakit tekak pulak tiba-tiba.HAHA.

Lama jugak tak silap aku kteowg kat dalam tu. Dah habis shopping perut kenyang lagi jadi beli jelah roti kat cafe rumah mode plus legakan tekak dengan cendol. (ingat malaysia je ada). Otw balik terserempak dengan kumpulan rakyat malaysia , sempat gak r berbual sikit lepas tu suruh tolong tangkap gambar sebelum balik ke hotel.

Rumah Mode

Rehat bersama cendol


Okay thats all for day 1. Nanti aku sambung day 2 pulak okay. kenyit sikit ;)







No comments:

Post a Comment