Wednesday, May 20, 2015

Bukit Merah

Assalamualaikum semua,


okay hari nie nak cerita pasal trip ke bukit merah. Lama jugak plan nak pergi tempat nie dari awal semester kalau tak silap. Well bukit merah nie used to be an awesome place to go to spent a day or two close with nature. Sekarang, it is just an old and bad maintenance place. Little bit disappointed sebab tidaklah sehebat yang dihebahkan. Maybe sebab bukit merah nie dah lama beroperasi dan management tak bagus kot plus masa aku pergi air surut. haha

Habis final paper aku dengan partner in crime aku 'Mira' gerak la g bukit merah. Planning awalnya dak yasmin sepatutnya ikot tapi die nak balik awal jadi aku dengan mira jelah. Kat bukit merah ada hotel tapi hotel under bukit merah so faham-faham lah harga die. Kteowg bajet student je pon so kat kawasan bukit merah tu berlambak apartment yang boleh disewa. Paling murah kteowg dapat satu malam 120. Die kene pandai bodek la kot. haha. Nanti die akan tanya berapa orang, dengan mahram ke?. Maybe time tu die risau kot bila cakap berdua je plus student pulak tu. "Tidak pakcik kami tidak ada hubungan songsang". hahaha

Awal-awal dah gerak dari tapah sebab nak kene sampai awal sebab nak terus main kat waterpark die, Dalam 10-11 dah sampai kat apartment. Disebabkan pergi time bukan cuti sekolah ataupon weekend maka kat kawasan apartment tu macam ghost town tau tak. Kteowg je yang ada kat situ. Kawasan lobby jangan cakap la dengan gelap , tak de orang lepas tu naik lift lampu lift berkelap kelip dah macam dalam set filem hantu pon ada. Sampai apartment tunggu akak yang kutip duit sewa lepas tu tukar baju nak main waterpark.

Sampai-sampai aku perasan jugak la apasal semua orang pandang je kteowg nie. Pelik gak. Aku ada pakai baju terbalik ke apa. Sampai kaunter beli tiket orang tu cakap waterpark tutup hari nie (selasa). HAHA. Patut la semua pandang. hahaha. Jadi terpaksa tukar baju then beli tiket eko park dengan sky cycle dalam RM 20 lebih kot per person.

The worse experince ever! EVER! naik sky cycle tu. Naik roller coaster lagi selamat kot. hahaha.
Sky Cycle nie macam bentuk kereta api yang siap dengan landasan cuma die tergantung 20 feet from the ground. Kalau kereta api kan landasan die lebar la kan but not sky cycle. Landasan die sebesar lengan aku je rasanya. I promise u i am not exaggerate. Okay maybe takdelah sebesar lengan aku, besar sikit lagi kot. Tapi memang rasa tak selamat la, lagi-lagi aku nie not a big fan of height.

Dapat pulak gerabak yang nauzubillah. HAHA, Oh btw kita sendiri kene kayuh benda tu sendiri guna kuasa tangan. aku rasa naik muscle aku haritu. Masa naik kteowg orang pertama yang gerak jadi belakang ada la 2 lagi gerabak following. So gerabak kteowg yang nauzubillah tu time selekoh je die akan stuck dan ada masa kalau die rasa nak ke kiri gerabak tu akan tilt ke kiri or kanan. Priceless kot tengok mira gelabah bila gerabak tu tilt. Sumpah kelakar. HAHA. Ada satu selekoh tu sampai 5 minit tersekat. Sampai orang belakang tegur, to a point kteowg give up je dan berehat. HAHA. Motif naik benda tu supaya tengok rainforest tapi dengan tak boleh kayuh plus takut , tengok pedal tu je lah.

kalau teliti betul-betul boleh nmpk peluh kat muka. haha

Sampai penamat, baju dah lencun dengan peluh. hahaha. Dah rehat sekejap sambung tour iaitu eco park. Tempat die in my opinion agak tidak dijaga. Bersemak samun macam abandoned pon ada jugak jugak tapi maybe nak bagi feel jungle kot. haha. Masa kteowg masuk hanya ada 2 group je iaitu kami dengan satu family nie. Banyak jugak binatang yang ada tapi like i said macam tak ada penjaga.
..
Disebabkan air surut jadi tak boleh pergi pulau orang hutan. Jadi kteowg tengok dari jauh jelah. Disebabkan terlalu excited keesokan harinya, sebelom pukul 10 dah terpacak depan counter beli tiket waterpark. Nak tahu harga berapa? ..... RM18 sahaja. Aku pon agak terkejut jugak sebab dalam website tulis RM38. Sabar-sabar. Nanti aku cerita kenapa murah sangat. 

Datang awal sangat jadi kene la tunggu waterpark bukak masa tu memang aku dengan mira je yang ada kat situ. hahaha. Dah nak bukak baru la ada beberapa group muncul. Dah masuk nak sewa locker. Locker takde power. HAHAHA. But no joke ma , nak 30 minit tunggu electric kejap ada kejap tak de. Tapi aku berfikiran optimis time tu jadi tunggu jelah dengan sabarnya. 

Ha! back to the part why the price ticket so damn cheap, sebabnya banyak and i mean banyak gila permainan yang tak boleh main. Mengecewakan yang teramat. Yang tak silap aku yang boleh main hanya beberapa gelongsor plus river dengan yang tempat ombak minus the ombak dengan tempat budak-budak. Kteowg banyak habiskan masa tangkap gambar dalam air dari main kat waterpark tu. haha. Jakun sebentar bila mira beli cover yang boleh masuk dalam air tu.

Funny story , berlaku lagi satu incident kat gelongsor. Aku dengan gelongsor memang tak ngam aku rasa. hahaha. Aku dengan mira naiklah gelongor berdua dan gelongsor nie berperingkat tau. Kita akan turun dulu ke small pool sebelum turun ke destinasi akhir dimana kita boleh pilih nak gelongsor yang mana satu. Masa nak turun small pool tu pelampung terbalik dan aku tengelam dalam air dan mira hempap aku. Nasib baik dalam air so tak rasa la sangat. Then nak turun yang terakhir tu pon pelampung terbalik and this time dak mira terbalik sampai terhantuk lantai pool tu. Agak kelakar la. I'm still laughing like seriously. HAHA.

Main sekali gelongsor tu pon dah cukup rasanya. hahaha. Then kteowg main kat kawasan wave yang tak berwave sebelum berangkat ke kid playground. After that siap-siap nak balik tapi singgah la beli souvenir untuk roommate aku sorang tu linda yang tak dapat join sebab paper die tak habis lagi. 

Bagi aku buat masa sekarang aku sarankan jangan lah pergi bukit merah. Banyak sangat benda yang under maintenance jadi agak rugi la kalau datang tapi hanya dapat main sedikit je walaupon harga murah. Better Tambun dari bukit merah. Walaupon harga nya lebih mahal. Tapi kalau nak pergi jugak pergi la, aku takdelah larang ke apa. hahaha

Sampia situ jelah yang aku nak cerita......
Till next time i guess. 

No comments:

Post a Comment