Monday, May 4, 2015

Lost World of Tambun

Assalamulaikum,
Okay last entry pasal pre graduation dinner right. Hari nie nak habak pasal trip pergi Lost World of Tambun or in short Tambun. Disebabkan dinner tu jatuh pada jumaat malam dan kteowg stay kat Ipoh jadi dah alang-alang kat sana kan jenjalan la kan. Keesokan pagi dah check out awal-awal dan gerak cari sarapan. Now kids breakfast is very important ok , so don't skip breakfast. HAHA

Tambun nie kalau dari arah KL die belah kanan dan kteowg nie kat belah kiri jadi kene seberang highway la. Tapi tak perlu la keluar highway nak ke sana , die ada jalan bawah yg menghubungkan.

Tambun kalau weekday buka pukul 11 pagi , weekend pukul 10 pagi. Pukul 11 dah terpacak depan entrance tambun. Tempat beli tiket ada dua satu sebelum masuk entrance iaitu sebelum statue kucing terpacak kat depan tempat masuk tu. Tapi counter die kat belah kiri sikit. Lagi satu counter ada kat entrance tu lah. Tiket price is RM 56 for adult (tidak termasuk duit pelampung/loker/makan). Harga die lain kalau beli secara online dekat website tambun ye. Tapi bagi aku berbaloi 56 ringgit nie sebab bukan satu benda je korang boleh buat tapi 7 benda.

1) Lost World Water Park
The first thing that we did is go play at the waterpark. Harga pelampung RM 25 untuk double. oh btw kalau rasa nak main slide sahaja tak perlu beli pelampung sebab die sediakan pelampung untuk naik setiap slide. Kalau nak berjimat lah. Kteowg warm up kan diri dengan main kat kawasan sungai (Adventure River). Banyak tarikan jugak la. ada bunyi gajah , monyet bersama statue dieowg yang besar bagaikan gaint.haha.
Lepas tu kteowg main lah gelongsor/slide. Disebabkan kami bertiga jadi sorang kene mengalah jadi mira volunteer untuk tak naik , jadi bodyguard jaga pelampung dengan cermin mata. haha. Aku dengan mint la mengigihkan diri menapak naik tangga dekat tube raiders. Kat tube raiders terbahagi kepada 4 slide. Full black/ half black / fully open. Lagi satu aku tak tahu. haha

First time naik yang half black meaning separuh gelongsor nie bertutup separuh lagi terbuka. Dedo jugak la Lepas tu naik Cliff Racer. Menapak lagi naik atas. Pelampung untuk naik cliff racer nie kecik sikit so boleh bayangkan aku dengan mint naik muat-muat yang macam padat. HAHA. Abang yang jaga tu buat lawak time kteowg naik pulak , 'macam berat je , tapi kamu tak lebih 200 kan'. Cis. Die nak tarik kteowg pun macam payah, keluar otot-otot die. haha. Sebelom kteowg turun die ada cakap ' Tak pe nanti korang akan terbang terus '. Haha. Sebab cliff racer nie slide yang tak terun ke kawasan kolam tapi die akan naik atas sikit lepas tu korang turun balik. Macam tu lah.

Lepas tu naik naik balik tube raiders dan kteowg nie gatal la nak naik yang full black iaitu sepanjang gelongsor tu bertutup. Laju plus gelap dan banyak selekoh. Tub-tub kteowg terbalik dari pelampung. Kepala aku terhantuk slide tu kuat kot , nasib baik tak pengsan. hahaha. Dak mint pulak dah tertiarap keluar dari gelongsor tu. Lawak / sakit. Turun-turun semua pandang. Abang life guard tu pon perhati je apahal budak-budak nie turun tanpa pelampung. hahaha.

Lepas tu insaf tak nak naik lagi gelongsor. Terus main adventure river satu round sebelum pergi main kat jungle wave pool dengan kepala yang berdenyut-denyut. Hahaha.

2) Lost World Hot Springs & Spa
Next destination hot spring. Bersebelahan water park je. berapa tapak je kena jalan. Spa ditutup , under maintenance kot. Lepak la sekejap Crystal pool. Die agak private jugak la. Kalau nak bersantai rehatkan diri boleh pergi sini. Tapi aku tak suka hot spring maybe its just me tapi bila aku rendam kat hot spring aku rasa penat gila. hahaha. Lepas dah rendam kaki cuba Foot Spa. Mencabar betul benda alah tu. dah la air panas lepas tu kene lalu jalan yang ada batu-batu tu. Berjaya jugak la buat satu tawaf. haha.

Sebelah foot spa Lost World Steam cave. Ye, gua yang ada steam dan amat scary. Jadi aku taknak masuk. hahaha. Time tu la nak bayangkan final destination lah , hantu lah. hahaha. Atas cave tu ada Top of the World pool. Ala-ala jakuzi gitu. Rendam la sekejap dan sebelom naik kat atas ada open shower kalau nak sejukkan diri. Tak perlu buka baju ye. Haha.

3) Lost World Amusement Park 
Orait. Dah settle main air , gerak la main kat amusement park. Btw nak main basah kuyup pon boleh tapi tak best la kan. Ada banyak permainan kat sini. Kteowg sempat main Storm Rider (kapal yang berhayun kiri kanan tu) , Dragon Flight (buaian yang berpusing macam terbang) , Giddy Galleon ( mini ship yang berpusing macam dragon flight). Storm Rider tu naik sampai dua kali , die punya feeling pergh best. Macam kita turun bukit nanti ada rasa something kat perut tu. haha.

Dragon Flight
4) Lost World Lupe’s Adventure
Next move on to Lupe Advanture dengan fish cave. Kat lupe advanture ada macam-macam sebenarnya tapi kteowg nak naik roller coaster yang bawak round seluruh tempat Tambun nie. Tapi tutup pulak. Buang masa je tunggu. Cis!! Lepas tu pergi la fish cave. Die merupaka gua , an actual cave (bukan buatan punya) yang diisi ikan. hahaha. Ada la beberapa jenis ikan plus ketam. Kalau nak duduk lepak nak sejukkan badan disarankan sebab memang sejuk pon cave nie.

Lupe's Advanture/ fish cave
5) Lost World Tiger Valley
Jalan depan sikit dari lupe's advanture ada Tiger Valley. Kat sini boleh tengok harimau lah. By the time kteowg sampai show dah pon start and almost finished pon. Sebab datang lambat kan terpaksa panjat batu nak tengok. Dapat la tengok zoo keeper tu baling daging kat sang harimau nie. Semangat harimau lompat. hahaha. Sarankan untuk mengenalpasti waktu pertunjukan supaya tak terlepas pulak macam kteowg.


6) Lost World Petting Zoo
Seterusnya petting zoo. Dah cakap pon zoo kan maknanya banyak jenis binatang dan kita boleh pegang. Tapi bukan semua la kan. Takkan la cheetah kau nak pegang-pegang kan. Ada kang balik tanpa tangan pulak. haha. Kat kawasan tu jugak ada tasik tau boleh kayak , naik bot angsa dengan bagi ikan makan. Besar-besar kot ikan die. Kalau masak tu memang kenyang seminggu. *tu bohong :)

...

Feeding time

Birdy

Tempat paling scary masuk probably kawasan ular dengan burung. Ada satu tempat nie macam terowong yang diperbuat dari kaca and ada ular gila besar kat atas tengah tido kot. Lepas tu ada abang jaga kawasan ular tu jenjalan pegang ular. Aku dengan muka tenang jalan sepantas mungkin mengelakkan abang tu (hati dah dedor ko tahu tak). Lagi satu tempat ialah burung. Die macam satu tempat bertutup yang kita boleh jalan-jalan dan banyak la jenis burung yang jenjalan sama-sama macam burung peacock. Burung pon nak takut ker? Ye r. Kang die kejar aku , patuk ke. Haha. Tempat paling comel nak kunjung ialah tempat yang ada binatang kecik seperti kura-kura , hamster (hamster macam cartoon kim possible tu pon ada), hedgehog. Tapi major binatang-binatang nie tengah tidur time kteowg datang. Kawasan zoo nie memang besar. Penat jugak la berjalan. Tapi yang pasti tempat nie bersih dan ada orang jaga jadi nak tanya soalan pon boleh. Kat dalam zoo tu pon ada giftshop , kalau nak beli cenderamata ke, air ke , boleh la singgah.

Ada lagi satu tempat iaitu Tin Valley. Kawasan timah gitu lah. Tapi aku tak nampak bayang pon kat mana. hahaha. Jadi kteowg tak pergi la tempat tu. Jadi dengan 56 ringgit memang berbaloi kalau nak datang Tambun. Ala-ala 3 in 1 lah.

Sampai situ jelah kot. Ada masa lagi aku update lagi (padahal bukan buat apa-apa pon kat rumah. Bajet busy. Puih). Haha. Bye :)



No comments:

Post a Comment