Sunday, November 17, 2013

Semester Vacation

Assalamualaikum,

Tajuk macam tak boleh lagi nak gempak kan. hehe. Entry hari nie aku nak cerita lah apa aku buat cuti semester. Well for most of the time aku duduk rumah lepak atas katil , marathon cerita fav aku The Walking Dead & Greys Anatomy. Dari awal cuti sem sampai la nie benda tu jelah aku buat. haha.

Kalau benda tu je aku nak cerita memang entry aku satu perenggan jelah jawapnya. haha. No no no. Ada lagi cerita. Bawa bertenang. Tarik nafas dulu. Renggang-renggang kan otot-otot dulu. :) Setiap cuti semester mesti aku dengan geng sekolah menegah aku buat aktiviti sama-sama a.k.a geng roti. Dah lama ek tak guna nama tu. haha. Benda wajib la hang sama-sama memandangkan masing-masing dah belajar jauh kan. Yang masih melekat aku dengan dak nina jelah kat UiTM Lendu *famous wo UiTM nie* haha. Ada yang kat UIA , UTHM , Politeknik tapi yang paling jauh dak kembo aku sorang nie kat UNIMAS. Ye la dah 17 tahun duduk bawah ketiak mak abah baik hantar jauh-jauh. Bagi die rasa hidup tanpa parent kan. Nak balik tiap-tiap minggu pon tak dapat. hehe ;)

Kebetulan semua tengah cuti semester dengan midterm jadi macam biasa lah planning nak lepak. Setakat nie paling jauh lepak Melaka jelah. hahaha. Tunggu dah banyak duit sikit baru boleh lepak jauh-jauh kan. *alasan je tu :p*. Dan kebetulan pulak mak aku terlebih rajin masuk peraduan kat berita harian yang kene kumpul kepala berita harian tu. Macam tu lah kot. hehe. Mak aku dapat tiket wonderland. Tak kan la parent aku nak pergi wonderland tu. Jadi mak aku bagi lah kat aku tiket tu.


Kteowg g masa tu hari Rabu ingatkan takde orang sangat. Ramai jugak dengan budak sekolah yang buat rombongan , keluarga , suwet-suwet couple pon ada jugakkk. haha. Sampai jer settlekan tiket , beli pelampung, tukar baju, simpan barang. Lepas tu apa lagi serbu air lah. First stop kteowg rendam dulu la. Takkan nak terus main water slide terus kan. Warm up dulu. Rendam kat 1 big wave pool. Kawasan die luas macam kat pantai dengan tempat santai yang macam orang putih nak gelapkan kulit dieowg tuuuu. Kat Malaysia nie semua nak putih bukan nak hitam jadi tempat tu kosong lah. hahahaha. Rasa macam kat pantai jugak dengan wave. Lagi jauh korang g lagi dalam paras air die. Jadi disarankan pakai pelapung la bagi yang tak reti berenang tu.

1 big wave pool nie belah bawah. Naik main water slide kat belah atas. Jadi menapak lah naik bukit. Strategi kteowg hari tu start main dari belah kanan. Yang paling kanan adalah Tornado Chaser. Gua cakap sama lu memang gempak gila weyh. Nak naik untuk main pon naik semput tahu tak. 3 tingkat tangga aku kene menapak naik. Oh btw nak naik water slide semua kene pelampung dua orang. Kteowg ada 5 orang jadi sorang kene naik dua kali. Untuk first ride tu aku lah penumpang bertuah menapak naik dua kali ke Tornado Chaser tapi its all worth it. Kat situ banyak water slide jugak tapi bagi aku yang paling best Tornado Chaser dengan Kamikaze Race. 

Kalau naik dengan nomi memang die punya pengalaman lain sikit. haha. Semua jenis water slide yang kteowg naik dak nomi nie wajib jerit. Dari jauh boleh dengar die jerit. haha. Kalau dak Shira dengan hawa ke aku dengan dak nina naik krik krik je bunyinya. Kalau naik dengan nomi turun je kat bawah semua pandang. hahaha. Tapi benda yang aku tak boleh lupa ialah abang yang jaga waterslide tu. erghhh. Aku dengan nomi nak naik, die cakap ringan depan berat belakang. Dah nak duduk tu. Boleh die cakap macam gemok je , macam buncit je. Rasa macam nak hempuk je. Dah turun slide tu, dak nina tinggal sorang kat atas dengan pelampung satu tu. Kan tak boleh naik water slide guna pelampung satu & kteowg dah penat nak naik atas so kteowg macam malas nak naik. Yang abang tu dari atas jerit "mok, naik lah" banyak kali pulak tu.haha. Time kteowg nak naik Kamikaze Race pon sama. Dah la kene naik bukit so takkan la aku nak berlari naik kan. Mamat tu apa lagi , dari atas menjerit "mok,cepat la sikit". Sakit hati jugak lah tapi aku dengan nomi tak ambik hati pon. Datang pon nak bersuka ria kan. haha

Dua round jugak lah kteowg main water slide. Then main kat tempat budak-budak. Tempat budak-budak pon slide die gempak jugak tau, dengan gelapnya. Kteowg naik sekali semua turun bila dah sampai bawah semua berhempap antara satu sama lain. Genius betul. hahaha. Sempat jugak bersantai kat terusan sungai. Last sekali Lepak kat 1 big wave pool tu. Santai je atas pelampung. Maskot wonderland pon datang buat poco-poco dengan chicken dance. Comellll.

Wonderland Melaka

:)
p/s : tak de gambar time mandi. Takkan nak bawak camera time mandi pulakkan. :)

Sampai pukul 11 lebih dan habis main dalam pukul 4. Then ktowg lepak melaka mall sebab situ mall paling dekat dan ada wayang. Dak nomi nak tengok Highland Tower. Dah kenyang makan then terus cari pawagam. Tercari-cari kteowg  tempat beli tiket kat situ rupanya tempat beli tiket same place dengan tempat beli popcorn. Mati-mati aku ingat kat situ hanya beli popcorn. ciss.

Not bad lah cerita highland tower. Agak pening sebab camera gegar banyak. Boleh membangga kan lah. Bukan senang nak tengok filem melayu buat kelainan macam nie. Selalunya cerita pontianak, jerit je lebih then easy to predict macam kita tahu apa akan berlaku. Tapi cerita nie banyak element surprise yang pasti akan buat korang-korang yang kononnya bajet berani nie terkejut. haha. Lepas aku tengok cerita nie aku tertarik nak tahu apa jadi dengan highland tower nie. Jadi aku tengok la documentary kat history channel. Boleh search kat youtube je. Agak sebak jugak la time aku tengok documentary tu. So kalau free tu boleh lah usha-usha tengok.

For now nie jelah yang aku buat time cuti semester. Lagi seminggu nak naik semester 4. So enjoy while it last. :D










No comments:

Post a Comment